MOSCOW, 9 Sept. - Anggota bomba Republik Perancis melancarkan mogok selama enam minggu hingga 20 Oktober susulan kekurangan dana dan tenaga kerja selepas kebakaran hutan luar biasa melanda negara itu, menurut penyiar France 3 pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Laporan itu menyebut penunjuk perasaan menuntut peningkatan dana bagi perkhidmatan bomba serta langkah menangani kekurangan kakitangan.
Kesatuan CFDT berkata protes itu juga mungkin dilakukan dalam bentuk tanda atau pelekat pada jentera bomba dan pakaian seragam anggota bomba.
BFMTV turut melaporkan mogok itu dijangka tidak menjejaskan perkhidmatan kecemasan secara ketara kerana pihak berkuasa boleh mengarahkan sebahagian anggota terus bertugas bagi memastikan operasi berjalan tanpa gangguan.
Eropah kini berdepan antara tempoh cuaca paling panas sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan Sepanyol, Portugal, Republik Perancis, Republik Itali dan Greece antara negara paling terjejas.
Pihak berkuasa Perancis berkata kerugian ekonomi akibat gelombang haba itu boleh mencecah sehingga €15 bilion (USD17.4 bilion). - ©BERNAMA