Angka korban bangunan runtuh di Delhi meningkat kepada 5

7 Sep 2026 - 8:18am

NEW DELHI, 7 Sept. - Angka korban kejadian bangunan bertingkat runtuh di Delhi meningkat kepada lima orang, dengan pasukan penyelamat masih berusaha mencari mangsa yang dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan, lapor Xinhua.

Menurut sumber rasmi, bangunan itu runtuh kira-kira 1.30 tengah hari pada Ahad di kawasan Satya Niketan, selatan Delhi ketika kerja pembaikan sedang dijalankan di bahagian bawah tanah.

Antara yang maut ialah dua pelajar, manakala kira-kira enam mangsa yang cedera dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan. Perdana Menteri Narendra Modi melahirkan rasa dukacita atas kejadian itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

"Kejadian bangunan runtuh di Satya Niketan, Delhi amat mendukacitakan. Takziah kepada mereka yang kehilangan insan tersayang. Saya mendoakan mangsa yang cedera segera sembuh," kata beliau menerusi hantaran di X. - ©BERNAMA