REPUBLIK SINGAPURA, 15 Sept. - Google Cloud pada Selasa membuka Pusat Kejuruteraan Singapura, hab pembangunan produk di Asia Tenggara yang juga merupakan pusat kejuruteraan pertama syarikat itu di rantau ini, lapor Xinhua.
Syarikat itu dalam kenyataan memaklumkan pusat berkenaan menghimpunkan jurutera perisian yang mempunyai kepakaran dalam Kecerdasan Buatan (AI), infrastruktur AI, data, pengkomputeran, pembelajaran mesin, rangkaian dan storan, selain khidmat sokongan barisan hadapan.
Google Cloud memaklumkan pusat itu akan bekerjasama dengan perusahaan untuk membangunkan sistem dan penyelesaian berasaskan awan bagi memenuhi keperluan di Republik Singapura serta pasaran lain. - ©BERNAMA