ISLAMABAD, 12 Sept. - Sekurang-kurangnya lima maut dan dua lagi cedera selepas tembok usang sebuah sekolah kerajaan runtuh di bandar pelabuhan selatan Republik Islam Pakistan, Karachi, lapor Xinhua, memetik pegawai polis dan penyelamat pada Jumaat.
Insiden berlaku di kawasan Mominabad di Bandar Orangi di mana tujuh orang terperangkap di bawah runtuhan selepas tembok itu roboh, kata jurucakap Rescue 1122.
Tiga orang maut di tempat kejadian manakala dua lagi cedera ketika dibawa ke hospital berdekatan, jurucakap itu memberitahu Xinhua.
Polis berkata penagih dadah biasanya berkumpul berhampiran dinding itu dan didakwa cuba mengeluarkan batang besi daripadanya, yang mungkin telah melemahkan struktur. - ©BERNAMA