BEIJING, 8 Sept. - Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) kelima dijadual berlangsung di Hangzhou, provinsi Zhejiang dari 23 hingga 27 Sept, dengan Malaysia dan Hungary menjadi negara tetamu kehormat.
Lebih satu pertiga daripada peserta ekspo kali ini terdiri daripada syarikat berkaitan kecerdasan buatan (AI).
Buat julung kalinya, zon khas Token akan diwujudkan, manakala pangkalan rintis aplikasi AI turut ditampilkan secara kolektif bagi mengetengahkan ekosistem inovasi rantaian penuh yang merangkumi model umum, aplikasi industri dan terminal pintar.
Sementara itu, pelbagai pertandingan yang memfokuskan kepada pembangunan sumber terbuka AI, kecerdasan terkandung dan teknologi brain-computer interface (BCI) turut akan diadakan sepanjang ekspo.
Ekspo itu akan menyediakan ruang pameran seluas 170,000 meter persegi, dengan pempamer antarabangsa merangkumi lebih 20 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Wakil-wakil dari 121 negara dan wilayah serta 29 pertubuhan antarabangsa telah mengesahkan kehadiran mereka di ekspo berkenaan. - ©BERNAMA