WASHINGTON, 5 Sept. - Pengambilan pekerja di Amerika Syarikat (AS) meningkat jauh lebih tinggi daripada jangkaan pakar ekonomi bagi bulan Ogos, menurut laporan yang dipantau rapi dan dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada Jumaat, lapor dpa-AFX.
Laporan itu menyatakan bahawa pengambilan pekerja bukan ladang melonjak sebanyak 162,000 jawatan pada Ogos, selepas mencatatkan peningkatan yang disemak semula ke atas sebanyak 21,000 jawatan pada Julai.
Pakar ekonomi sebelum ini menjangkakan pengambilan pekerja akan meningkat sebanyak 55,000 jawatan berbanding pengurangan 23,000 jawatan yang dilaporkan secara asal bagi bulan sebelumnya.
Jabatan Buruh turut memaklumkan bahawa kadar pengangguran kekal pada 4.1 peratus pada Ogos, tidak berubah berbanding Julai. Pakar ekonomi sebelum ini menjangkakan kadar pengangguran meningkat sedikit kepada 4.2 peratus. - ©BERNAMA