Presiden Republik Rakyat China lantik duta baharu

20 Jul 2026 - 11:32am

BEIJING, Isnin, 20 Julai. - Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping melantik tiga duta baharu negara itu selaras dengan keputusan Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (National People’s Congress), badan perundangan tertinggi Republik Rakyat China.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Isnin, Xiang Bo dilantik sebagai Duta Besar Republik Rakyat China ke Iraq bagi menggantikan Cui Wei.

Sementara itu, Yang Yundong dilantik sebagai Duta Besar Republik Rakyat China ke Cyprus menggantikan Liu Yantao.

Dalam perkembangan sama, Zhang Xiangyan dilantik sebagai Duta Besar Republik Rakyat China ke Panama bagi menggantikan Xu Xueyuan. - ©XINHUA