Rang undang-undang benarkan bantuan tamatkan hayat ditolak Dewan Rakyat England

12 Sep 2026 - 10:20am

LONDON, 12 Sept. - Usaha untuk membenarkan kematian yang dibantu di England dan Wales ditolak Ahli Parlimen Britain, lapor PA Media/dpa.

Ucapan penuh semangat menyokong dan menentang rang undang-undang itu disampaikan dalam perbahasan lebih empat jam di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Rang undang-undang itu ditolak dengan majoriti 16, selepas 286 mengundi menentang manakala 270 mengundi menyokong.

Sekumpulan kecil Ahli Parlimen bersorak dan menggenggam buku lima mereka manakala yang lain kelihatan berpelukan ketika undian dibacakan.

Draf undang-undang itu mencadangkan membenarkan orang dewasa di England dan Wales yang diramalkan mempunyai jangka hayat kurang enam bulan, untuk memohon kematian yang dibantu tertakluk pada kelulusan dua doktor dan panel pakar.

Perdana Menteri Andy Burnham tidak mengundi, setelah mengesahkan beliau akan berkecuali supaya tidak 'mempengaruhi perbahasan secara berlebihan'.

Kerajaan berkecuali dalam rang undang-undang itu dan Ahli Parlimen mengundi mengikut hati nurani mereka dan bukannya mengikut pengaruh parti. - ©BERNAMA