WENCHANG, Hainan, 25 Okt. – Republik Rakyat China melancarkan roket pengangkut Long March-8A dari wilayah kepulauan Hainan di selatan negara itu pada Ahad, dengan membawa sekumpulan satelit internet ke angkasa lepas.
Roket berkenaan dilancarkan pada jam 10.03 pagi waktu Beijing dari tapak pelancaran kapal angkasa komersial Hainan. Muatannya, iaitu kumpulan ke-28 satelit internet orbit rendah, berjaya memasuki orbit yang ditetapkan.
Satelit berkenaan dibangunkan oleh Akademi Teknologi Angkasa China.
Roket Long March-8A direka untuk memenuhi keperluan pelancaran rangkaian buruj satelit di orbit bumi sederhana dan rendah.
Pelancaran itu merupakan misi penerbangan ke-674 bagi siri roket pengangkut Long March. - ©XINHUA