Republik Rakyat China rai gelaran berpasukan Gimnastik Artistik Wanita Dunia

22 Okt 2026 - 6:50pm

ROTTERDAM, BELANDA, 22 Okt. – Republik Rakyat China menewaskan Amerika Syarikat (AS) dengan kelebihan tipis 0.233 mata untuk merangkul gelaran berpasukan wanita pada Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, pada Rabu.

Republik Rakyat China menduduki tempat teratas dengan mengumpul 165.764 mata, diikuti AS dengan 165.531 mata dan Jepun di tempat ketiga dengan 164.063 mata.

Kemenangan itu merupakan gelaran berpasukan wanita dunia kedua bagi Republik Rakyat China selepas kejayaan sulungnya pada 2006, sekali gus menamatkan penguasaan AS yang memenangi tujuh gelaran berturut-turut. Ketiga-tiga pasukan yang meraih pingat berkenaan turut mengesahkan kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Republik Rakyat China, yang mendahului pusingan kelayakan, berjaya mengubah kedudukan pertandingan menerusi acara batang titian selepas ketinggalan di belakang AS dalam dua pusingan awal.

AS mencatatkan jumlah mata pasukan tertinggi dalam acara lombol dan palang (uneven bars), masing-masing dengan 42.633 dan 42.766 mata. Sementara itu, Republik Rakyat China memperoleh 40.966 dan 42.466 mata dalam kedua-dua acara berkenaan. Keputusan itu menyaksikan Republik Rakyat China ketinggalan 1.967 mata pada pertengahan pertandingan.

Acara ‘balance beam’ mengubah kedudukan persaingan. Zhang Qingying memperoleh 15.066 mata, iaitu markah tertinggi dalam acara berkenaan pada peringkat akhir, manakala Ke Qinqin menyumbang 14.400 mata dan Qiu Qiyuan memperoleh 13.900 mata. Jumlah keseluruhan 43.366 mata bagi Republik Rakyat China, berbanding 39.199 mata yang diraih AS, membolehkan Republik Rakyat China beralih daripada ketinggalan kepada mendahului dengan kelebihan 2.200 mata menjelang acara terakhir.

AS berusaha merapatkan jurang dalam acara ‘floor exercise’, dengan Claire Pease memperoleh 13.933 mata, Dulcy Caylor 13.600 mata dan Reese Esponda 13.400 mata, menjadikan jumlah keseluruhan pasukan sebanyak 40.933 mata.

Republik Rakyat China pula membalas menerusi 13.033 mata daripada Zhang dan 13.100 mata daripada Ke, sebelum Qiu menamatkan saingan dengan 12.833 mata, sekali gus memastikan kemenangan tipis pasukannya.

Pingat gangsa yang diraih Jepun menamatkan penantian selama 60 tahun untuk memperoleh pingat acara berpasukan wanita di Kejohanan Dunia. Kali terakhir Jepun menaiki podium dalam acara berkenaan ialah pada 1966. Aiko Sugihara menyumbang 14.200 mata dalam acara lombol dan 13.900 mata dalam acara senaman lantai bagi membantu Jepun menamatkan saingan dengan kelebihan selesa di hadapan Republik Perancis yang menduduki tempat keempat.

Republik Perancis memperoleh 161.130 mata, diikuti Brazil dengan 159.730 mata, Persekutuan Rusia dengan 159.394 mata, Republik Itali dengan 158.129 mata dan Kanada dengan 158.096 mata.

Kejohanan berkenaan diteruskan pada Khamis dengan acara individu keseluruhan lelaki, diikuti acara individu keseluruhan wanita pada Jumaat. Sementara itu, acara akhir mengikut disiplin akan berlangsung sepanjang hujung minggu. - ©XINHUA