Sabotaj landasan ganggu perkhidmatan kereta api Belanda

15 Sep 2026 - 10:35am

AMSTERDAM, 15 Sept. - Perkhidmatan kereta api di sebahagian besar kawasan tengah dan utara Belanda terhenti pada pagi Selasa akibat tindakan sabotaj terhadap infrastruktur landasan, menurut pengendali rangkaian ProRail, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

ProRail memaklumkan individu tidak dikenali meletakkan paip merentangi landasan di beberapa bahagian rangkaian kereta api.

Jurucakap ProRail memberitahu agensi berita Belanda ANP bahawa jelas paip berkenaan “diletakkan di situ dengan sengaja”.

Pada peringkat awal, tiada petunjuk mengenai kemungkinan motif di sebalik tindakan sabotaj itu. Pihak berkuasa memaklumkan siasatan sedang dijalankan.

Perkhidmatan kereta api di sekitar Zwolle terhenti sepenuhnya untuk satu tempoh pada sebelah pagi. Pada awalnya, tiada kereta api beroperasi antara Utrecht dan Gouda serta antara Apeldoorn dan Deventer.

Jurucakap ProRail berkata masalah itu masih dapat dikendalikan dan keadaan di stesen yang terjejas “sedikit lebih sesak daripada biasa”. Beliau berkata usaha membersihkan landasan menjadi keutamaan. - ©BERNAMA