Wanita maut, 13 cedera dalam perlanggaran 6 kenderaan berhampiran Tokyo

20 Okt 2026 - 9:22am

YOKOHAMA, 20 Okt. - Seorang wanita berusia 77 tahun maut manakala 13 individu lain cedera dalam nahas membabitkan enam kenderaan, termasuk sebuah bas persiaran, di Wilayah Kanagawa berhampiran Tokyo pada Isnin, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Kyodo News.

Wanita itu berada di dalam sebuah kereta yang dipandu suaminya, 77, yang turut mengalami kecederaan. Menurut polis, kereta berkenaan bertembung dengan dua kenderaan lain di lorong bertentangan ketika menghampiri persimpangan di Fujisawa kira-kira 9 pagi, sebelum melanggar bas itu.

Bas yang membawa 39 orang termasuk pemandunya itu kemudian melanggar sebuah kereta yang berhenti manakala serpihan daripada perlanggaran terkena sebuah lagi kenderaan.

Seramai 13 orang, termasuk 11 penumpang bas, mengalami kecederaan, namun tiada seorang pun daripada mereka berada dalam keadaan yang mengancam nyawa. - ©BERNAMA