Bantu kesan pekerja lari daripada majikan

12 Og 2026 - 6:05am

Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei

 

BERAKAS, Selasa, 11 Ogos. - Pihak Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Berakas ingin memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja perempuan warganegara Indonesia yang dipercayai lari daripada majikan, iaitu Wasniati Kased Radi, berusia 41 tahun, dengan nombor pasport E8385760.

Jika terdapat sebarang maklumat mengenai beliau, sila hubungi Balai Polis Berakas menerusi talian +673 2330412 atau Talian Kecemasan Polis 993 atau terus melaporkan ke balai-balai polis berdekatan.