Berkenan hantar titah perutusan tahniah

28 Jul 2026 - 7:08am

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia King Maha Vajiralongkorn Phra Vajiraklaochaoyuhua, Raja Thailand bersempena dengan Hari Keputeraan baginda yang Ke-74 Tahun.