BICTA 2026 serlahkan kecemerlangan, inovasi digital tempatan

28 Og 2026 - 7:58am

Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

Foto : Mohamad Azmi Awang Haji Damit, Pg. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

BERAKAS, Khamis, 27 Ogos. - Sebanyak 10 kategori dipertandingkan yang terdiri daripada tujuh Kategori Utama, iaitu Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pengajian Tinggi, Perkhidmatan Pengguna dan Perniagaan, Khidmat Kemasyarakatan dan Keikutsertaan, Perindustrian, serta Awam dan Kerajaan.

Manakala tiga Kategori Silang ialah Pemula (‘Startup’), Penyelidikan dan Perkembangan, serta Teknologi.

Majlis Anugerah ICT Brunei (BICTA) 2026 telah berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, pagi tadi.

Berkenan berangkat bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Penaung Diraja BICTA.

Bagi Kategori Sekolah Rendah, Seri Mulia Sarjana School dengan produk ‘CLEAN-BIT AI’ diumumkan sebagai juara bagi Kategori Sekolah Rendah dan menerima trofi sumbangan BIBD, sijil serta hadiah wang tunai BND1,000 sumbangan Dynamik Technologies Sdn. Bhd.

Sebanyak 10 anugerah merit turut dianugerahkan kepada Sekolah Rendah Amar Pahlawan Kluster 3 dengan produk ‘DbibirBN’; Sekolah Rendah Rataie Mukim Bokok, Temburong dengan produk ‘KantinKu’; Sekolah Rendah Rataie Mukim Bokok, Temburong dengan produk ‘VocabQuest V2’; Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan produk ‘PeaceBuddy’; Seri Mulia Sarjana International School dengan produk ‘Deliver-Bot’; Sekolah Rendah Rimba I dengan produk ‘KiraQuest’; Sekolah Rendah Sungai Tali Lumut II dengan produk ‘SENASync’; St. Andrew’s School dengan produk ‘EcoGuard’; Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan produk ‘SAFEZONEBN 2.0: Smart Anti-Bullying & School Discipline Monitoring System’; dan Sekolah Rendah Dato Marsal dengan produk ‘WIRA MIB’.

Setiap penerima anugerah merit menerima trofi sumbangan BIBD, sijil dan wang tunai BND500 sumbangan Dynamik Technologies Sdn. Bhd., ITIS Wescots Technologies Sdn. Bhd., Evyd Technology Sdn. Bhd. dan Imagine Sdn. Bhd.

Bagi Kategori Sekolah Menengah, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dengan produk ‘KINETRA’ diumumkan sebagai juara bagi Kategori Sekolah Menengah dan menerima trofi sumbangan BIBD, sijil serta hadiah wang tunai BND1,500 sumbangan Sprintville Technologies Sdn. Bhd.

Lima anugerah merit dianugerahkan kepada Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dengan produk ‘PetaNova’; Sekolah Menengah Menglait dengan produk ‘NUTRIScanBuddy’; Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dengan produk ‘Chaching.bn’; Sekolah Menengah Rimba dengan produk ‘RimbaScan 2.0: Smart AI Plant Assistant’; dan Sekolah Menengah Berakas dengan produk ‘stARdy App’.

Setiap penerima anugerah merit menerima trofi sumbangan BIBD, sijil dan hadiah wang tunai BND800 sumbangan Sprintville Technologies Sdn. Bhd.

Sementara bagi Kategori Pengajian Tinggi, Laksamana College of Business dengan produk ‘EduPath’ diumumkan sebagai juara bagi Kategori Pengajian Tinggi dan menerima trofi sumbangan BIBD, sijil serta hadiah wang tunai BND2,000 sumbangan Datastream Digital Sdn. Bhd. (DST).

Dua anugerah merit dianugerahkan kepada UBD x UTB dengan produk ‘XINU: ColourCue’ dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan produk ‘SignaVoice Glove’.

Setiap penerima anugerah merit menerima trofi sumbangan BIBD, sijil dan hadiah wang tunai BND1,000 sumbangan Datastream Digital Sdn. Bhd. (DST).

Bagi Kategori Perkhidmatan Pengguna dan Perniagaan pula, Tazrah Digital Sdn. Bhd. dengan produk ‘Tazrah Mobile App’ diumumkan sebagai juara bagi Kategori Perkhidmatan Pengguna dan Perniagaan dan menerima trofi sumbangan BIBD, sijil serta hadiah wang tunai BND5,000 sumbangan Unified National Networks Sdn. Bhd. (UNN).

Satu anugerah merit dianugerahkan kepada SOUL CAT Entertainment Sdn. Bhd. dengan produk BodyTrack yang menerima trofi sumbangan BIBD, sijil dan hadiah wang tunai BND2,500.

Bagi Kategori Khidmat Kemasyarakatan dan Keikutsertaan, NiceFolks dengan produk ‘PaceMate’ diumumkan sebagai juara bagi Kategori Khidmat Kemasyarakatan dan Keikutsertaan dan menerima trofi sumbangan BIBD, sijil serta hadiah wang tunai BND5,000 sumbangan UNN.

Satu anugerah merit dianugerahkan kepada ChemBuddy Supreme+ dengan produk ‘ChemBuddy Supreme+’ yang menerima trofi sumbangan BIBD, sijil dan wang tunai BND2,500.

Bagi Kategori Perindustrian, tiada pemenang bagi kategori berkenaan.

Anian Sdn. Bhd. dengan produk ‘Smart IoT Manhole Access Monitoring System’ diumumkan sebagai penerima anugerah merit dan menerima trofi sumbangan BIBD, sijil serta hadiah wang tunai BND2,500.

Untuk Kategori Awam dan Kerajaan juga tiada pemenang dan penerima anugerah merit bagi kategori tersebut.

Bagi Kategori Pemula, SOUL CAT Entertainment Sdn. Bhd. dengan produk ‘BodyTrack’ diumumkan sebagai juara bagi Kategori Pemula dan menerima trofi sumbangan BIBD, sijil serta hadiah wang tunai BND5,000.

Haus of Nahkya and Co. dengan produk ‘Haus of Nahkya’ diumumkan sebagai penerima anugerah merit dan menerima trofi sumbangan BIBD, sijil serta hadiah wang tunai BND2,500 sumbangan Imagine Sdn. Bhd.

Bagi Kategori Penyelidikan dan Perkembangan, Cognicare Technology dengan produk ‘Care4U’ diumumkan sebagai juara bagi Kategori Penyelidikan dan Perkembangan dan menerima trofi sumbangan BIBD, sijil serta hadiah wang tunai BND5,000.

Satu anugerah merit dianugerahkan kepada Intelligent Maqraah dengan produk ‘Intelligent Maqraah’ yang menerima trofi sumbangan BIBD, sijil dan wang tunai BND1,500.

Bagi Kategori Teknologi, DST dengan produk ‘MyDST SuperApp’ diumumkan sebagai juara bagi Kategori Teknologi dan menerima trofi sumbangan BIBD, sijil serta hadiah wang tunai BND5,000.

Satu anugerah merit dianugerahkan kepada DeepLynx.ai Technologies dengan produk ‘DocuSleeve’ yang menerima trofi sumbangan BIBD, sijil dan wang tunai BND1,500.

‘BodyTrack’ oleh SOUL CAT Entertainment Sdn. Bhd. diumumkan sebagai penerima Anugerah Penaung Diraja BICTA 2026 yang dianugerahkan kepada pemenang terbaik keseluruhan daripada kesemua kategori yang dipertandingkan.

SOUL CAT Entertainment Sdn. Bhd. menerima trofi Penaung Diraja BICTA, medalion BICTA sumbangan Progresif Sdn. Bhd. serta hadiah wang tunai BND10,000.