Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 24 Ogos. - Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) terus meningkatkan usaha dalam membendung pesalah-pesalah imigresen di Negara Brunei Darussalam (NBD) melalui pelaksanaan Operasi Kakas JIPK 2026.
Operasi Kakas 86 / 2026 telah menyasarkan di kawasan pasar di Mukim Sengkurong. Hasil operasi 13 warga asing telah diperiksa dan hasil daripada pemeriksaan tersebut tujuh daripadanya telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang bagi siasatan lanjut.
Individu-individu yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 9(4), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu bekerja menggunakan pas lawatan.
Sementara, Operasi Kakas 87 / 2026 menyasarkan di bilik sewa di Mukim Berakas 'A'. Seramai tiga warga asing telah diperiksa dan dua daripadanya telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang bagi siasatan lanjut kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 9(4), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu bekerja menggunakan pas lawatan.
Bagi Operasi Kakas 88 / 2026 pula menyasarkan di rumah sewa di Mukim Berakas 'A'. Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan ke atas lapan warga asing telah diperiksa, enam orang daripadanya telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang bagi siasatan lanjut.
Semua enam warga asing yang ditahan gagal mengemukakan dokumen asal. Hasil siasatan awal yang dijalankan mempercayai bahawa lima orang daripada yang ditahan melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Bab 15(1), Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa di negara ini setelah pas imigresennya mansuh dan Peraturan 15(2), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu tidak bekerja dengan majikan asal.
Operasi Kakas 89 / 2026 menyasarkan di rumah sewa di Mukim Berakas 'B', pemeriksaan telah dijalankan ke atas empat warga asing dan kesemua individu yang diperiksa didapati mempunyai dokumen dan pas imigresen yang sah.