Penukaran nombor akaun Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid

12 Og 2026 - 6:26am

Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Ogos. -  Urus Setia Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam, Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai pertukaran nombor akaun Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid di Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) bagi memastikan kelancaran transaksi sumbangan dibuat dengan selamat dan betul.

Perbadanan TAIB telah mengemas kini nombor akaun Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid dari Akaun Simpanan Syarikat kepada Akaun Semasa Korporat yang telah dikuat kuasa pada 1 Januari 2026, iaitu no. akaun lama ialah 002109403102068 dengan status akaun tidak aktif. Manakala no. akaun baharu ialah 002109403149017 dengan status aktif.

Orang ramai yang berhasrat untuk membuat sumbangan ke Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, bolehlah menyumbang melalui nombor akaun baharu berkenaan.

Semoga amal jariah yang disumbangkan dibalas dengan pahala yang berlipat ganda serta diterima di sisi Allah Subhanahu Wata'ala.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi +673 2233192 atau e-mel kepada tdbpm.jhem@gmail.com.