Perutusan tahniah sempena Hari Kemerdekaan Kemboja ke-73

9 Nov 2026 - 8:32am

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Preah Bat Samdech Preah Boromneath Norodom Sihamoni, Raja Kemboja dan Perdana Menteri Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Moha Borvor Thipadei Hun Manet, kerajaan dan rakyat Kemboja bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-73 negara tersebut.