Program HEAL galakkan gaya hidup sihat, aktif

17 Okt 2026 - 5:56am

Oleh : Siti Rokiah Abdullah

Foto : Ihsan Gen20 Fitness Studio

BERAKAS, Jumaat, 16 Oktober. -  Gen20 Fitness Studio dengan sokongan Pusat Promosi Kesihatan (HPC) dan Gleneagles JPMC menerusi Program Happy Environment and Lifestyle (HEAL) baru-baru ini telah menganjurkan program kecergasan selama seminggu bagi menggalakkan orang ramai menjaga kesihatan serta mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Program yang berlangsung selama seminggu berkenaan telah mengetengahkan pelbagai aktiviti kecergasan, termasuk senamrobik, yang mendapat penyertaan daripada orang ramai.

Program berkenaan turut menampilkan tenaga pengajar kecergasan tempatan dari Negara Brunei Darussalam (NBD) serta tenaga pengajar jemputan (Inivited Zin)  dari Republik Filipina dan Republik Indonesia yang memeriahkan aktiviti sepanjang minggu menerusi pelbagai rutin senaman yang menarik dan sesi latihan bertenaga.

Penganjuran program berkenaan diharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan aktiviti fizikal secara konsisten dalam menjaga kesihatan, di samping menjadikan senaman sebagai sebahagian daripada amalan kehidupan seharian.

Usaha berkenaan juga mencerminkan komitmen pihak penganjur dalam menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti kecergasan serta memupuk budaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat.