JEREBU
adalah asap
dari pembakaran hutan.
Menurut indeks IPU:
0 – 50 status baik
(tahap pencemaran rendah
tidak membahayakan);
51 – 100 status sederhana
(tahap pencemaran sederhana
belum membahayakan kesihatan);
101 – 200 status tidak sihat
(tahap pencemaran sudah boleh
menjejaskan kesihatan);
201 – 300 status sangat tidak sihat
(tahap pencemaran dianggap tinggi
menjejaskan kesihatan);
301 – 500 status berbahaya
(tahap pencemaran sangat tinggi
membahayakan kesihatan);
500 ke atas status dharurat
(tahap pencemaran terlalu
membahayakan kesihaan).
KESAN-KESAN
apabila terdedah
kepada jerebu, antaranya :
* Gatal-gatal di kerongkong dan batuk
* terganggu bernafas
* mata pedih dan berair
* kerap bersin
* kulit badan gatal-gatal.
LANGKAH-LANGKAH
yang dianjurkan
semasa jerebu, antaranya :
* semampu mungkin
berada dalam bangunan
* kerap membasuh muka
seperti melazimi
membaharui wudhu
* minum banyak air putih
* memakai penutup hidung
dan mulut jika perlu
* mengikut nasihat pihak
berkuasa
* membaca antara do’a
yang diajarkan oleh Nabi
riwayat Abu Daud. Do’a
tersebut :
—- اَللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ ، وَبَـهَائِمَكَ ،——asdasdaasdsdfsdfsdfa
——وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ ، وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ.——
maksudnya : “Ya Allah
turunkanlah hujan kepada
para hamba-Mu, kepada
haiwan ternak. Berikanlah
keluasan rahmat-Mu dan
hidupkan negeri yang mati.”
Sahabat Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu
meriwayatkan:
Seorang lelaki telah masuk
ke dalam masjid pada Hari
Juma’at, sedang Rasulullah
tengah menyampaikan nasihat.
Lelaki itu berkata : “Wahai
Rasulullah, harta-harta
telah binasa dan jalan-
jalan terputus. Ramai
orang lapar dan haus.
Maka mohonlah kepada
Allah supaya menurunkan
hujan.” Lalu Rasulullahpun
mengangkat kedua tangannya
sambil berdo’a : ——اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا—- sdfsdfsdfsdfssfsdfsdfsfsdfsfsfsdfsfsdfsfsAsa
——اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا——- ،
(Ya Allah, bantulah kami
dengan menurunkan hujan.
Ya Allah, bantulah kami
dengan menurunkan hujan.
Ya Allah bantulah kami
dengan menurunkan hujan).
Berkata Anas : “Demi Allah,
kami tidak melihat matahari
selama tujuh (7) hari kerana
banyaknya hujan”
(Lihat Hadits riwayat Al-
Bukhari dan Muslim).
* * *
Tiap-tiap apa jua berlaku
bukanlah sia-sia,
tetapi ada
dengan sebabnya,
seperti isu JEREBU ini
bukankah ia juga
berpunca daripada kita?
Maka dengan ini,
memang maha benar
firman Allah, tafsirnya:
“Telah timbul
pelbagai kerosakan
dan bala bencana
di darat dan di laut
dengan sebab
apa yang dilakukan
oleh tangan-tangan insan.
(dan timbulnya itu)
kerana Allah
hendak merasakan
kepada mereka
sebahagian daripada
balasan buruk
dari perbuatan-perbuatan
yang telah mereka lakukan,
supaya ...
mereka kembali insaf
dan bertaubat”
(Lihat Surah Ar-Rum
ayat 41).
* * *
Nah, tidakkah di sini
kejadian JEREBU
ada HIKMAH
di sebaliknya?
Sama-samalah
kita mengambil pengajaran.
ADI RUMI,
Rumah Hidayah,
Brunei Darussalam.
22 Rabiulawal 1448
04 September 2026.