Apam Mekar

9 Sep 2026 - 1:53pm

RPN Kampung Rimba

Foto : Nurul Rasyidah Mohamad Rosland

BAHAN-BAHANNYA :

3 biji telur Grade A / B

250g gula

300g tepung gandum

1 sb ovalette special

1 sk esen vanila

150ml air aiskrim soda F&N

Pewarna merah jambu & hijau (boleh ikut cita rasa masing-masing)

CARA-CARA MEMASAK :

Pukul dahulu telur, gula, ovalette dan esen vanila hingga putih, kembang dan gebu. Kemudian masukkan tepung gandum dan air aiskrim soda lalu pukul rata. Setelah itu bahagikan kepada 3 bahagian iaitu satu yang asal, satu warna merah jambu dan satu lagi warna hijau. Kemudian masukkan cawan kertas ke dalam acuan lompang lalu tuangkan adunan yang telah dibahagikan ke dalam acuan hingga penuh. Panaskan air hingga mendidih terlebih dahulu kemudian baru kukus dengan api yang kuat selama 10 ke 15 minit.