Kampung Sungai Sulok, Temburong
Foto : Nurul Rasyidah Mohamad Rosland
BAHAN-BAHANNYA :
1 pek bihun
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 biji telur ayam
1 sudu besar cili kisar
1 sudu sos tiram
1/2 sudu kecil garam
1/2 serbuk secukup rasa
1 ikat sayur sawi
Daun bawang dan cili potong
CARA-CARA MEMASAKNYA :
Potong kasar bawang merah dan bawang putih. Panaskan kuali dan tumis bahan sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar, kacau sekejap hingga naik minyak. Masukkan udang kering, sos tiram, garam dan serbuk secukup rasa kemudian masukkan telur gaulkan sebati. Setelah itu, masukkan bihun yang telah direndam. Jika bihun masih keras, tuang air sikit-sikit kacau sampailah lembut. Hidangkan dengan cili potong dan daun bawang.