Rendang Kari Ayam

21 Okt 2026 - 9:15am

Foto : Nurul Rasyidah Mohamad Rosland

Kampung Belimbing, Subok

BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ayam

2 biji ubi kentang

5 sudu serbuk rendang

1 sudu serbuk kari

2 sudu makan gula

1 sudu teh garam

1 sudu makan secukup rasa

Minyak (secukupnya)

Air (secukupnya)

 

BAHAN KISAR :

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 biji bawang Bombay

1 inci halia

1 batang serai

 

CARA-CARA MEMASAKNYA :

Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk rendang dan serbuk kari gaul sebati bersama bahan tumisan tadi supaya aroma dan rasanya lebih terasa. Kemudian masukkan ayam (yang telah dipotong-potong) ke dalam periuk dan gaul rata dan biarkan selama 1 - 2 minit. Setelah itu, masukkan air dan gaulkan. Masukkan ubi kentang (yang dipotong-potong). Akhir sekali, tutup periuk dan biarkan ayam masak selama 15 - 25 minit. Kemudian masukkan gula, garam dan secukup rasa sesuai selera.