BAHAN-BAHANNYA :
1 siong labu
1/2 ikat cangkuk manis
5 batang gandum muda
2 biji lada merah (dipotong)
Santan secukupnya
Udang secukupnya
Garam secukupnya
Ajinomoto secukupnya
Sedikit gula
CARA-CARA MEMASAK :
Labu dipotong dan dibersihkan. Masukkan labu ke dalam periuk dengan sedikit air, udang, gandum muda dan lada potong. Masak hingga setengah masak kemudian masukkan santan dan perasakan dengan garam, ajinomoto dan sedikit gula. Biarkan sehingga labu tersebut lembut dan masak.