NEGARA Brunei Darussalam pada ketika ini dilanda cuaca tidak menentu seperti cuaca kering dan panas. Juga negara dilanda jerebu disebabkan cuaca kering dan juga pembakaran yang tidak terkawal dari kepulauan negara-negara sekitar. Baru-baru ini, para pelajar dari sekolah-sekolah kerajaan dan swasta ditutup disebabkan kadar udara pada tahap tidak sihat.
Pengajaran yang dapat diambil daripada kejadian ini, adalah untuk kita sama-sama meningkatkan penjagaan kesihatan. Orang ramai yang mengalami sebarang kesihatan adalah dinasihatkan untuk memantau tahap kesihatan. Jika mengalami sebarang tanda-tanda adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Pemakaian pelitup muka bagi menghidu asap, meminum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi akibat perubahan suhu yang drastik. Cuaca tidak menentu ini boleh memberi risiko pada suhu badan selain mengundang penyakit lazim seperti demam, selesema, batuk dan strok haba.
Individu yang mempunyai sejarah penyakit lelah atau asma, perlu lebih berhati-hati memandangkan serangan boleh berlaku, terutama pada petang atau malam ketika suhu lebih rendah.
Kurangkan aktiviti luar rumah terutama ketika hujan dan suhu yang sejuk, selain memakai pakaian bersesuaian. Memang agak sukar untuk memilih pakaian kerana ketika pagi cuaca kebiasaannya panas dan berubah pada sebelah petang.
Ini juga peluang untuk membanyakkan aktiviti di rumah seperti membersihkan rumah bersama keluarga, memperbanyakkan berehat juga memudahkan untuk kita menjalankan ibadah bersama keluarga.
Bagi para pelajar mulai 8 September 2026, mula kembali ke sekolah seperti biasa dengan pematuhan beberapa SOP. Pihak sekolah juga dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan para pelajar dengan menempatkan para pelajar di bilik-bilik yang mempunyai penyaman udara seperti makmal sains, perpustakaan dan bilik-bilik khas.
Marilah kita sama-sama berdoa, supaya Negara Brunei Darussalam dikurniakan hujan rahmat dan udara negara sentiasa bersih daripada sebarang kemudaratan. Dan juga memperbanyakkan berdoa semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa dikurniakan keberkatan, kerahmatan daripada Allah jua dan dijauhkan daripada segala macam keburukan dan bencana.
Sidang Pengarang buat keluaran kali ini, membawa para pembaca untuk sama-sama menjaga kesihatan kerana keadaan cuaca tidak menentu ini boleh mendatangkan kesan sampingan. - Ketua Penyuntingan (Fa)