Amiruddin juara Beyblade X 3 on 3 terbuka

21 Okt 2026 - 5:05am

Berita dan Foto : Ihsan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 20 Oktober. - Amiruddin bin Haji Abdi Manaf dari Pasukan Jaksuha Bladers dinobatkan sebagai ‘Best of The Best 2026’ setelah merangkul juara Kejohanan Beyblade X 3 on 3 terbuka yang diadakan di Teratak DBos di Kampung Mengkubau.

Manakala tempat kedua disandang oleh Mohd. Sabrizam dari Pasukan Brother Geng Bladers, diikuti ditempat ketiga oleh Pengiran Hasswandy bin Pengiran Haji Abu Bakar dari Pasukan Undergroundz X dan tempat keempat disandang oleh Mohammad Erwan Shah bin Haji Tengah dari Pasukan Jaksuha Bladers.

Sementara itu Top 8 pula disandang oleh Mohamad Alim bin Raduan, Sallehuddin bin Sabli, Muhammad Syafen Auta bin Mainor Azizi dan Muhammad Arif Syafiq bin Haji Rosaimi kesemuanya dari Pasukan DBos Beys.

Antara tujuan utama kejohanan ini diadakan adalah untuk mencari permain terbaik Beyblade bagi tahun 2026 di samping mengenal pasti pemain-pemain berbakat dan menonjol di negara ini.