Atlet olahraga gagal melangkah ke pusingan seterusnya

21 Og 2026 - 6:32am

Oleh : Srinarawie Bidzah

Foto : Ihsan Urus Setia kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Malaysia XXII 2026

SELANGOR, MALAYSIA, Khamis, 20 Ogos. – Atlet olahraga Negara Brunei Darussalam (NBD) yang diwakili oleh Md. Nazrul Hakim Md. Zainey Hairulysam, telah menyertai acara 800 meter pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 baru-baru ini.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, berkenaan telah menyaksikan Md. Nazrul Hakim telah berjaya mencatatkan masa 2:05.78 saat dan menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.

Catatan berkenaan menyaksikan atlet olahraga negara tidak dapat meneruskan saingan ke pusingan seterusnya.