Atlet Pencak Silat NBD bawa pulang pingat gangsa

21 Og 2026 - 6:23am

Oleh : Srinarawie Bidzah

Foto : Ihsan Urus Setia kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Malaysia XXII 2026

SELANGOR, MALAYSIA, Khamis, 20 Ogos. – Mohammad Matin Adrian Awang Roy dan Nur Asyifa Shabeqah Masli yang merupakan atlet Pencak Silat Negara Brunei Darussalam (NBD) telah berjaya meraih pingat gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Sehubungan itu, baru-baru ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Pingat bagi acara Kelas ‘G’ Lelaki yang diwakili oleh Mohammad Matin Adrian; manakala Kelas ‘B’ Wanita yang diwakili oleh Nur Asyifa Shabeqah.

Majlis Penyampaian Pingat berkenaan telah berlangsung di Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).