Atlet Pencak Silat negara raih pingat gangsa

20 Og 2026 - 7:17am

Oleh : Srinarawie Bidzah

Foto : Ihsan Urus Setia kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Malaysia XXII 2026

SELANGOR, MALAYSIA, Rabu, 19 Ogos. - Atlet Pencak Silat Negara Brunei Darussalam (NBD) meneruskan lagi cabaran pada pusingan separuh akhir bagi Kelas 'G' Lelaki baru-baru ini pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026 yang berlangsung di Dewan Seri Sarjana, UNITEN.  

Dalam perlawanan sebelah pagi berkenaan, Mohammad Matin Adrian Awang Roy dari kontinjen NBD berdepan Nik Muhammad Haiqal bin Nik Ameran dari Terengganu.

Dalam perlawanan berkenaan, atlet negara tewas kepada atlet Terengganu secara disqualifikasi.

Manakala pada sebelah petang pula, Nur Asyifa Shabeqah Masli mewakili kontinjen NBD menentang Noor Waladina Mohd. Rasidi dari Wilayah Persekutuan bagi Kelas 'B' Wanita.

Perlawanan berkenaan menyaksikan kemenangan berpihak kepada Wilayah Persekutuan dengan kiraan mata 52–32.

Walau bagaimanapun, pencapaian berkenaan telah menghasilkan kontinjen NBD dengan meraih pingat gangsa bersama bagi kedua-dua acara Kelas 'G' Lelaki dan Kelas 'B' Wanita.