Kontinjen Pencak Silat mara ke Peringkat Separuh Akhir

19 Og 2026 - 6:45am

Oleh : Dk. Hajah Naqayatul Akma Pg. Haji Ali

Foto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026

SELANGOR, MALAYSIA, Selasa, 18 Ogos. - Pertandingan Pencak Silat bagi hari kelima temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 telah berlangsung melibatkan beberapa perlawanan Pusingan Suku Akhir dalam Kategori Lelaki dan Wanita berlangsung di Dewan Seri Sarjana, UNITEN.

Dalam Kategori Kelas 'D' Lelaki, wakil Kontinjen Negara Brunei Darussalam (NBD), Awang Muhammad Sufi Muazzam tewas kepada wakil Perak, Muhammad Harris Fiqri bin Roslan dengan keputusan 44 - 19.

Bagi Kategori Kelas 'G' Lelaki pula, wakil negara, Awang Mohammad Matin Adrian bin Awang Roy, mencatat kemenangan ke atas wakil Johor, Harriz Naufal bin Md. Fadly, dengan keputusan 66 - 62. Kemenangan ini membolehkan NBD mara ke Peringkat Separuh Akhir.

Sementara itu, pada sesi petang, Dayang Nur Asyifa Shabeqah binti Masli dari NBD berjaya menewaskan Solehah binti Abdullah dari Negeri Sembilan dalam Kategori Kelas 'B' Wanita, dengan keputusan 30 - 20, setelah keputusan bantahan protes yang telah diterima oleh pihak penganjur dan seterusnya melayakkan Dayang Nur Asyifa Shabeqah ke Peringkat Separuh Akhir.