Oleh : Nooratini Haji Abas
Foto : Hernie Suliana Haji Othman
SUNGAI KEBUN, Jumaat, 23 Oktober. – Pasukan MS Polis B, Muara Spurs B, Bomba A dan Bomba B mara ke separuh akhir bagi Kategori Liga Perdana pada Kejohanan Liga Super Sepak Takraw (LSST) TAIB 2026 yang diadakan di Dewan Utama, Kompleks Sukan Sungai Kebun, hari ini.
Peringkat separuh akhir LSST TAIB 2026 akan diadakan pada Jumaat, 30 Oktober 2026 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah pada jam 2.00 petang.
LSST TAIB 2026 merupakan anjuran Persatuan Sepak Takraw Brunei Darussalam (PESTABARU) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Perbadanan TAIB selaku penaja utama liga.
Matlamat utama kejohanan ini adalah untuk mencari bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk diserapkan ke dalam program pembangunan atlet, pelapis dan pemain kebangsaan, dan seterusnya sebagai promosi bagi menarik minat orang ramai untuk berkecimpung dalam Sukan Sepak Takraw serta sebagai 'Whole of Nation Approach' iaitu penglibatan beberapa agensi untuk memainkan peranan masing-masing dalam membawa warga menuju budaya hidup sihat, di samping menghidupkan semula sukan tradisional Sepak Takraw yang telah lama bertapak di Negara Brunei Darussalam.
Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan hadir bagi memberikan sokongan dan memeriahkan lagi Kejohanan LSST TAIB 2026 berkenaan.