Pasukan Beyblade NBD terima kunjungan Beyblade Sabah Community

9 Sep 2026 - 5:13am

Berita dan Foto : Ihsan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam

KAMPUNG MENGKUBAU, Selasa, 8 September. - Pasukan Beyblade Negara Brunei Darussalam telah pun menerima kunjungan daripada Bladers dari Negeri Sabah bagi menyertai perlawanan persahabatan yang diadakan di Teratak DBos, Kampung Mengkubau, baru-baru ini.

Sejurus tiba di negara ini melalui Pos Kawalan Labu, rombongan dialu-alukan oleh Pengurus Pasukan DBos Beys Brunei Darussalam, Awang Haji Rosaimi bin Haji Lamit.

Kunjungan selama tiga hari daripada Beyblade Sabah Community ini bertujuan untuk mengadakan perjumpaan dengan pasukan beyblade di negara ini iaitu Pasukan DBos Beys, Pasukan Brothers Geng Bladers, Pasukan Jakusha Bladers dan Pasukan Undergroundz.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan menyertai perlawanan persahabatan di samping dapat mengeratkan silaturahim antara ‘bladers’ kedua-kedua negara.