Sukan Ria Tahunan berkenaan merupakan aktiviti tahunan PGGMB yang dianjurkan secara bergilir-gilir oleh sekolah-sekolah di bawah PGGMB.
Bagi tahun ini, STJ PGGMB Kuala Belait dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan acara berkenaan yang dijangka berlangsung pada penghujung September ini.
Mesyuarat berkenaan antara lain membincangkan perkara berkaitan atur cara, tarikh dan tempat penganjuran, tetamu kehormat serta aktiviti sukan yang akan dipertandingkan bagi semua peringkat.
Selain aktiviti sukan bagi murid daripada peringkat tadika hingga Tahun 6, perbincangan turut meliputi aktiviti yang akan disediakan untuk ibu bapa serta tetamu kehormat dan Jawatankuasa Tadbir Tertinggi (JKTT).
Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar STJ PGGMB Kuala Belait, Dayang Fazziah binti Haji Kamis.
Hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Yang Dipertua PGGMB, Awang Haji Mustapa bin Haji Masri; Setiausaha Agung PGGMB, Awang Yakub bin Haji Abdul Rahman; Guru-guru Besar Sekolah PGGMB serta guru-guru kanan sekolah.
Sukan Ria Tahunan Sekolah-sekolah PGGMB diharap dapat dilaksanakan dengan lancar serta mendapat sambutan menggalakkan daripada warga sekolah dan para ibu bapa.