TAHUKAH AWDA

29 Og 2026 - 10:47am

UBD menubuhkan Pusat Kajian Lapangan Kuala Belalong pada awal 1990-an. Sebelum penubuhannya, kawasan ini dilindungi sebagai rizab hutan yang meliputi kawasan seluas kira-kira 46,210 hektar, kini menjadi taman negara. KBFSC (Kuala Belalong Field Studies Centre) terletak dalam zon penyelidikan dan pendidikan taman yang merangkumi seluruh Lembah Sungai Belalong. Penubuhan Pusat ini ditandai dengan ekspedisi saintifik yang dianjurkan bersama oleh Royal Geographical Society (RGS) London yang dijalankan selama 15 bulan (iaitu 1991 - 1992) dan disertai oleh 74 saintis penyelidikan dari pelbagai kepakaran.

SUMBER : KBFSC - Institute for Biodiversity and Environmental Research