TAHUKAH AWDA

17 Okt 2026 - 3:16pm

SATU skim pembiayaan mikro patuh syarak yang dinamakan 'BizBelia' telah diwujudkan khusus bagi usahawan belia, hasil kolaborasi strategik di antara Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Bank Usahawan Berhad. Skim ini memberikan peluang kepada pengusaha-pengusaha belia tempatan untuk mendapatkan sumber kewangan daripada institusi kewangan tempatan.  Inisiatif ini diharapkan akan dapat merangsang pertumbuhan dan perkembangan perusahaan belia tempatan dan menjadi teladan kepada institusi-institusi kewangan lain ke arah memudah cara penglibatan lebih ramai para usahawan belia.

 

SUMBER : Pelita Brunei edisi Ogos 2025