3 maut bas terbalik di tengah Republik Sosialis Viet Nam

31 Og 2026 - 9:34am

HANOI, 31 Ogos. - Tiga orang maut selepas sebuah bas yang membawa 33 penumpang hilang kawalan lalu terbalik di laluan pintasan Lebuhraya Nasional 19 di wilayah Gia Lai, tengah Republik Sosialis Viet Nam pada awal pagi Isnin, lapor Xinhua memetik media tempatan VnExpress.

Menurut laporan itu, kemalangan berlaku di Wad Hoi Phu dan menyebabkan ramai penumpang cedera.

Kira-kira 20 mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan.

Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat punca kemalangan. - ©BERNAMA