Angka korban banjir di Negeri Assam, Republik India meningkat kepada 78 orang

30 Jul 2026 - 12:04pm

NEW DELHI, 30 Julai. - Angka korban akibat banjir di negeri Assam, timur laut Republik India telah meningkat kepada 78 orang, menurut pegawai tempatan pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata pihaknya ‘terus’ memantau situasi banjir di seluruh Assam.

“Operasi menghantar bantuan dan menyelamat masih giat dijalankan bagi membantu komuniti yang terjejas,” menurut pihak berkuasa itu menerusi satu hantaran di platform X.

Ketua Menteri Assam Himanta Biswa Sarma berkata lebih 1.1 juta penduduk terjejas, manakala lapan lagi masih dilaporkan hilang dalam bencana itu.

Beliau berkata kira-kira 1,718 pusat pemindahan sementara (PPS) kini beroperasi.

Jabatan Meteorologi India meramalkan hujan lebat hingga sangat lebat melanda beberapa bahagian di Assam dalam tempoh tiga hingga empat hari akan datang.

“Orang ramai dinasihatkan supaya kekal waspada dan mengelakkan perjalanan yang tidak perlu semasa hujan lebat,” kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri. - ©BERNAMA