TOKYO, 16 Julai. - Pembayaran menggunakan kad kredit di kedai serbaneka dan premis perniagaan lain di seluruh Jepun tergendala pada Khamis berikutan gangguan sistem, dengan syarikat kad kredit utama sedang giat memulihkan perkhidmatan, lapor Kyodo News.
Pengeluar kad kredit utama Mitsubishi UFJ NICOS Co. memaklumkan masalah itu bermula sekitar 8 pagi apabila pembayaran menggunakan kad kredit tidak dapat diproses di beberapa premis perniagaan, manakala Sumitomo Mitsui Card Co. turut melaporkan masalah yang sama. Syarikat-syarikat berkenaan sedang menyiasat punca masalah itu.
Kedua-dua syarikat sedang menyiasat punca gangguan berkenaan.
Menurut East Japan Railway Co., pengguna aplikasi Mobile Suica turut mengalami gangguan sementara yang menghalang mereka daripada membeli pas komuter serta menjalankan urus niaga lain menerusi fungsi pembayaran kad kredit aplikasi itu.
Pengguna aplikasi Mobile Pasmo bagi perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan metropolitan Tokyo turut berdepan masalah yang sama. - ©BERNAMA