BRASILIA, 5 Okt. - Flavio Bolsonaro dan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva akan bertembung dalam pusingan kedua pilihan raya presiden Brazil pada 25 Oktober ini selepas tiada calon memperoleh majoriti undi sah pada pusingan pertama, menurut keputusan rasmi pada Ahad, lapor Xinhua.
Menurut keputusan yang dikeluarkan Mahkamah Pilihan Raya Tinggi, selepas lebih 99 peratus undi dikira, calon presiden Parti Liberal Brazil Flavio Bolsonaro memperoleh kira-kira 47 peratus undi sah.
Presiden penyandang Luiz Inacio Lula da Silva daripada Parti Pekerja menduduki tempat kedua dengan kira-kira 45 peratus undi. - ©BERNAMA