Musk umum SpaceXAI akan ditukar nama susulan dekri Trump mengenai “Super Intelligence”

5 Okt 2026 - 12:21pm

MOSCOW, 5 Okt. - SpaceXAI, sebuah syarikat Kecerdasan Buatan (AI) dan anak syarikat SpaceX, akan ditukar nama kepada SpaceXSI susulan dekri Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenai “super intelligence”, kata pengasas SpaceX Elon Musk pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada akhir September, Trump menandatangani dekri yang menukar istilah ‘artificial intelligence’ kepada ‘super intelligence’ dan mengarahkan jabatan serta agensi cabang eksekutif menggunakan istilah baharu itu.

"Ya, kami akan membuat perubahan itu," kata Musk sebagai respons terhadap satu hantaran di X yang bertanyakan mengenai pertukaran nama berkenaan.

The Wall Street Journal pada Sabtu melaporkan bahawa Rumah Putih sedang membentuk kumpulan kerja yang ditugaskan menyediakan laporan dalam tempoh 120 hari mengenai risiko dan peluang AI, selain menentukan tanggungjawab kerajaan AS dalam bidang itu.

Kumpulan yang diketuai Pengarah Perisikan Kebangsaan Jay Clayton itu bertujuan memastikan AS terus menerajui pembangunan AI, menurut laporan berkenaan. - ©BERNAMA