Bantu kesan 2 pekerja lari daripada majikan

27 Nov 2026 - 6:06am

Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 November. – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua pekerja buruh yang dilaporkan lari daripada majikan.

Laporan telah dibuat di Balai Polis Tutong untuk mengesan dua warganegara Republik Rakyat Bangladesh, iaitu Md. Abdul Monnan, lelaki, berusia 48 tahun dengan nombor pasport A11047876; dan Nur Ahmod, lelaki, berusia 20 tahun dengan nombor pasport A16245488.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong di talian +673 4221333 atau Talian Kecemasan Polis 993, atau mana-mana balai polis yang berdekatan.