Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei
BELAIT, Rabu, 25 November. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja buruh yang dilaporkan lari daripada majikan.
Laporan telah dibuat di Balai Polis Kuala Belait untuk mengesan seorang wanita warganegara Republik Indonesia iaitu Elisa Fiona Saputri berusia 24 tahun dengan nombor Kad Pengenalan 51-545396 (Hijau).
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Kuala Belait di talian +673 3334324 / +673 3334325 atau Talian Kecemasan Polis 993, atau mana-mana balai polis yang berdekatan.