Oleh : Aimi Sani
Foto : Md. Zul-Izzi Haji Duraman
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Julai. - Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) menerima sumbangan berjumlah BND3,000 daripada Kedutaan Besar Diraja Thailand di Negara Brunei Darussalam (NBD), hari ini.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Thailand ke NBD, Tuan Yang Terutama Akrapong Chalermnon pada majlis yang berlangsung di Galeri Lauhah Al-Islamiah, Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), Jalan Jerambak, di sini.
Sumbangan tersebut diterima oleh Pegawai YSHHB, Awang Samsudin bin Haji Puasa, mewakili Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif DANA bagi pihak DANA.
DANA amat menghargai sokongan dan sumbangan daripada para dermawan dalam sama-sama membantu DANA mempertingkatkan kesejahteraan hidup anak-anak yatim di NBD. YSHHB merupakan sekretariat kepada DANA.