Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 November. - Seorang lelaki penduduk tetap dijatuhkan hukuman denda atas kesalahan memiliki 73 karton dan tiga paket rokok pelbagai jenis tanpa pemit yang sah di bawah Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006 serta wang tunai sebanyak BND76.
Majistret Malai Sharifah Nur Baqiyyah binti Malai Shahran menjatuhkan hukuman sebanyak BND72,720 atau pemenjaraan selama 16 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda terhadap Mohammad Badri Hakimin bin Aminuddin, 25 tahun di Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan.
Mohammad Badri Hakimin ditangkap oleh Pegawai Polis Jabatan Siasatan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL) Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pegawai Pencegah Kastam Bandar Seri Begawan pada 31 Januari 2026 di Kawasan Letak Kenderaan di sebuah kedai di kawasan Jalan Utama Berakas.
Semua barang-barang yang terlibat iaitu rokok dan wang tunai dihukum rampas untuk diserahkan ke kerajaan bagi tujuan selanjutnya.