Siaran Akhbar : Kementerian Pendidikan
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 November. – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengajian Tinggi sukacita ingin memaklumkan bahawa keputusan pengambilan melalui HECAS bagi kemasukan Januari 2027 bagi Sesi Akademik 2026/2027 bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), iaitu Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Politeknik Brunei (PB) akan dikeluarkan pada Selasa, 3 November 2026, pukul 9.00 pagi.
Pemohon-pemohon bolehlah mengakses akaun HECAS masing-masing untuk mengetahui status permohonan di laman sesawang HECAS, iaitu ‘https://hecas.moe.gov.bn’.
Pemohon yang berjaya hendaklah menerima atau menolak tawaran sebelum Rabu, 11 November 2026, pukul 4.00 petang.
Bagi pemohon yang tidak berjaya tetapi memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh IPTA dan berhasrat untuk membuat rayuan, tarikh akhir untuk menghadapkan Surat Rayuan dan dokumen berkenaan ke IPTA adalah pada Sabtu, 7 November 2026 sebelum pukul 4.00 petang.
Pemohon adalah disarankan untuk memohon ke program yang berlainan daripada permohonan awal.
Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh berhubung terus dengan Pentadbiran HECAS melalui e-mel di ‘ask.hecas@moe.gov.bn’ atau melalui nombor telefon +673 2381992 atau +673 2381224 semasa waktu pejabat.