Lawatan tingkatkan ilmu ketamadunan Islam

8 Sep 2026 - 6:47am

Berita dan Foto : Ihsan Majlis Perundingan Mukim Kota Batu

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 September. - Ahli Majlis Perundingan Mukim Kota Batu mengadakan lawatan ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) di Jalan Pengiran Babu Raja, baru-baru ini.

Rombongan turut dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara iaitu Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, Ketua Kampung Belimbing; Yang Berhormat Awang Lawi bin Lamat, Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh dan Ketua Kampung Subok, Penghulu Mukim Kota Batu dan ketua-ketua kampung serta Ahli-ahli MPK Kota Batu.

Lawatan diadakan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan ketamadunan Islam di samping mengenali lebih dekat kitab-kitab Al-Quran tulisan tangan yang berusia ratusan tahun.

Turut diterangkan juga artifak-artifak peninggalan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti pedang, tongkat, capal serta tokoh-tokoh Islam yang mempelopori bidang keilmuan seperti perubatan, ilmu alam yang semuanya bersumberkan Al-Quran.

Antara tumpuan lawatan ialah ziarah ke bilik penyimpanan rambut Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Rombongan juga berpeluang mengambil tabaruk dan memohon syafaat agar dapat sama-sama dihimpunkan bersama Baginda di syurga kelak. 

Lawatan juga antara lain bertujuan untuk merebut peluang ziarah rambut Rasulullah Sallallahu Alaihi bersempena meraikan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.