Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 21 September. - Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS sukacita memaklumkan bahawa Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Saringan Kebangsaan Tahun 1448 Hijrah akan diadakan selama lima hari, iaitu pada 10, 12, 14, 16, dan 17 Rabiulakhir 1448 bersamaan 22, 24, 26, 28, dan 29 September 2026 bertempat di Tingkat 7 dan Tingkat 8, Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Blok 2H, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping.
Sehubungan itu, para peserta yang terlibat hendaklah hadir lebih awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan mengikut kategori masing-masing seperti berikut, iaitu hari pertama, Selasa, 10 Rabiulakhir 1448 bersamaan 22 September 2026, pukul 8.00 pagi dan 1.45 petang bagi Kategori 'D'.
Manakala pada hari kedua, Khamis, 12 Rabiulakhir 1448 bersamaan 24 September 2026, pukul 8.00 pagi dan 1.45 petang bagi Kategori 'E' dan Kategori 'C'; serta hari ketiga, Sabtu, 14 Rabiulakhir 1448 bersamaan 26 September 2026, pukul 8.00 pagi dan 1.45 petang bagi Kategori 'C'.
Sementara pada hari keempat, Isnin, 16 Rabiulakhir 1448 bersamaan 28 September 2026, pukul 8.00 pagi dan 1.45 petang bagi Kategori 'B' dan pada hari kelima, Selasa, 17 Rabiulakhir 1448 bersamaan 29 September 2026, pukul 8.00 dan 1.45 petang bagi Kategori 'A'.
Bagi sebarang maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) semasa waktu bekerja di talian +673 2237512.