Siaran Akhbar dan Foto : DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 November. - Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja (PDSM), Mentiri baru-baru ini telah pun menerima sumbangan set permainan Beyblade X daripada Pasukan DBos Bey Beyblade Brunei Darussalam.
Menyampaikan sumbangan kepada pihak sekolah ialah Pengasas Pasukan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam, Awang Haji Rosaimi bin Haji Lamit dan diterima oleh Timbalan Pengetua Sekolah Menengah PDSM, Mentiri, Dayang Kartina binti Haji Awang Bakar.
Pada majlis itu juga ,Timbalan Pengetua Sekolah Menengah PDSM turut menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada Ahli-ahli Pasukan Beyblade di negara ini yang memberikan penerangan serta sumbangan dalam pengendalian aktiviti Beyblade di sekolah berkenaan.
Sementara itu, Guru Pengawas CCA (C0-Curricular Activities), Kelab Sukan Moden (Beyblade), Awang Headillah bin Zainuddin turut menerima sumbangan berupa barangan Beyblade daripada Ahli Pasukan DBos Beys, Awang Muhammad Hariz bin Abdullah @ Chrisna Carlos.
Sumbangan tersebut bertujuan menyokong aktiviti riadah yang sihat serta memupuk semangat kesukanan dan kreativiti dalam kalangan pelajar di samping menjadi salah satu aktiviti kokurikulum untuk memupuk minat kesukanan, semangat persaingan sihat serta mengasah kemahiran sekali gus mendedahkan mengenai permainan ini di kalangan pelajar dan guru.
Dengan tertubuhnya Kelab Sukan Moden (Beyblade) di sekolah ini ia menjadi salah satu mercu tanda permainan semakin digemari dalam kalangan pelajar dan guru.