Siaran Akhbar dan Foto : Sekolah Rendah Beribi Telanai
BERIBI, Khamis, 26 November. - Dalam usaha untuk meraikan kejayaan dan pencapaian pelajar menamatkan sesi persekolahan di peringkat sekolah rendah bagi tahun 2026, Sekolah Rendah (SR) Beribi Telanai hari ini mengadakan Majlis Graduasi Tahun 6 bertempat di Dewan Berdudun, sekolah berkenaan, di sini.
Majlis antara lain merupakan apresiasi sekolah kepada pencapaian pelajar dan sokongan ibu bapa dan penjaga sepanjang menuntut di sekolah ini.
Atur cara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan secara beramai-ramai dan bacaan doa yang dipimpin oleh Awang Haji Md. Ali Hassan bin Haji Ramli.
Acara seterusnya diselang-seli dengan tayangan video pelajar dan diikuti dengan persembahan pelajar serta penyampaian hadiah graduasi kepada pelajar yang diraikan.
Penerima pelajar cemerlang Tahun 6 yang mendapat 5A pada Peperiksaan PSR 2026 tahun ini disandang oleh Awang Muhammad Irfan Hibatullah bin Razali dan Dayang Siti Nur Aisyah Sofea binti Khiril Azrul.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Penutup yang dibacakan oleh Awang Muhammad Nur Izzat Saifudin bin Mohamad Daud dan sesi bergambar ramai.