Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Ugama
KATOK, Rabu, 7 Oktober. - Sekolah-sekolah Arab dan Ugama seluruh negara mengadakan Program Keagamaan Senegara (PKS), hari ini, yang pada kali ini turut diisikan dengan bacaan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masihi.
Tumpuan utama acara diadakan pagi tadi di Surau Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS), Katok, dihadiri oleh Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dayang Hajah Mariana binti Haji Jamil.
Turut hadir, penolong-penolong pengarah, ketua-ketua bahagian dan pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Pengajian Islam (JPI), KHEU.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Tenaga Pengajar sekolah berkenaan, Pengiran Haji Asmady bin Pengiran Haji Aliuddin diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin secara beramai-ramai dipimpin oleh Awang Haji Mohd Zul’izzi bin Awang Tengah juga Tenaga Pengajar.
Majlis diteruskan dengan Doa Khas bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha yang dibacakan oleh Tenaga Pengajar, Awang Abdul Mukmin bin Haji Awang.
Majlis turut diisikan dengan Tazkirah Khas bertajuk ‘Persiapan Menghadapi Peperiksaan’ yang disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah (Institusi Pengajian), JPI, KHEU, Awang Haji Mohammad Ahsanul Azmi bin Haji Sarbini dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Awang Haji Muhammad Irfan bin Haji Aliakbar.